Mayat berbalut kain ditemukan dalam longkang di Pasar Awam Sama Gagah

BUKIT MERTAJAM – Pengunjung Pasar Awam Sama Gagah, di sini hari ini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki berbalut kain di dalam longkang kawasan pasar itu.

Mayat dalam keadaan terbaring itu ditemukan kira-kira 7 pagi sebelum orang awam menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar berkaitan penemuan mayat itu tular di media sosial.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI