Penyediaan laporan karbon dan amalan alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG) kini semakin penting bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mahu menembusi pasaran eksport serta mendapatkan pesanan daripada pembeli antarabangsa.
Pengasas Bersama Carbon Next Sdn Bhd, Ray Lim berkata, pengumpulan data berkaitan karbon dan ESG perlu dilakukan sejak awal operasi perniagaan dan bukannya hanya pada penghujung tahun atau ketika syarikat ingin menyertai tender.
Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Pereka Bersekutu Certified Industrial Designer (CiDe) di Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Dzulkhairi Asmat berkata, penjenamaan, reka bentuk dan pembungkusan merupakan antara elemen penting bagi memastikan sesuatu produk mampu menarik perhatian pengguna serta bersaing di pasaran.
#malaysiagazetteperak #mgperak #PKS #ESG


