Perdagangan Perak naik 7.6 peratus, MATRADE perkukuh ekosistem eksport

IPOH – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) komited memperkukuh ekosistem eksport Perak bagi meningkatkan daya saing perusahaan tempatan dan akses pasaran antarabangsa.

Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026 Perak menyumbang sebanyak RM12.29 bilion bersamaan 0.5 peratus ke atas jumlah perdagangan negara meningkat 7.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi jumlah perdagangan negara manakala negeri ini kekal di kedudukan kesembilan dengan nilai eksport RM4.44 bilion, menyumbang 0.3 peratus kepada eksport negara bagi tempoh yang sama.

“Di sebalik angka-angka ini terdapat kapasiti pengeluaran, kemahiran dan perusahaan yang boleh dihubungkan dengan permintaan dunia. Bagi eksport, kekuatan ini perlu bergerak sebagai satu ekosistem.

“Pengeluar bersiap sedia menjaga mutu dan bekalan; agensi kerajaan membantu pematuhan dan kemasukan pasaran; pembiaya menyokong aliran tunai dan peningkatan kapasiti; penyedia logistik mengurus penghantaran dan pengeksport berpengalaman boleh membuka ruang kepada PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) sebagai pembekal.

Perdagangan Perak naik 7.6 peratus, MATRADE perkukuh ekosistem eksport
Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berucap pada forum bertajuk ‘Blueprint Global: Membina Ikon Eksport Berprestasi Tinggi’ sempena Hari Eksport 2026 yang diadakan di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 OKTOBER 2026.

“Melalui kerjasama ini, perusahaan kecil juga dapat menjangkau pembeli dunia,“ katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Eksport Perak 2026 yang disempurnakan Timbalan Pengarah Sektoral I Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, L Kumaresan di Hotel Kinta Riverfront di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, aspirasi Perak Sejahtera 2030 turut memberi arah kepada usaha yang dilaksanakan ini.

“Hasil pertanian boleh diproses untuk pasaran luar; pembuatan boleh memasuki rantaian bekalan serantau; perkhidmatan kreatif, digital dan profesional boleh menjangkau pelanggan merentasi sempadan. Setiap daerah di Perak mempunyai kekuatan untuk dibangunkan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai Hari Eksport Perak 2026, Raja Badrulnizam berkata, program itu menghimpunkan pelbagai pihak dalam ekosistem eksport, termasuk agensi kerajaan, pembiaya, penyedia logistik dan pengeksport berpengalaman.

Katanya, ia menggalakkan perusahaan tempatan memanfaatkan peluang dan sokongan agensi berkaitan bagi memperluas pasaran serta meningkatkan keupayaan memenuhi pesanan eksport.

Perdagangan Perak naik 7.6 peratus, MATRADE perkukuh ekosistem eksport
Timbalan Pengarah Sektoral I Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, L Kumaresan dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman melawat pameran pada forum bertajuk ‘Blueprint Global: Membina Ikon Eksport Berprestasi Tinggi’ sempena Hari Eksport 2026 yang diadakan di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 OKTOBER 2026.

“Program berkenaan turut menyediakan klinik eksport yang membincangkan aspek piawaian, perdagangan digital, logistik, pembiayaan serta peluang dalam rantaian bekalan.

“Pengeksport berjaya dari Perak juga berkongsi pengalaman bagi membantu perusahaan lain mendapatkan panduan dan nasihat untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.

“Justeru, pengeksport cemerlang membuka peluang kepada perusahaan lain untuk belajar dan menjadi pembekal, manakala agensi kerajaan disaran membantu usahawan menangani halangan yang membataskan perkembangan perniagaan mereka.

“Peserta pula digalakkan menetapkan tindakan susulan yang jelas, termasuk mengenal pasti kekurangan yang perlu diperbaiki, mengkaji pasaran baharu atau menghubungi bakal pembeli.

“Mereka juga disaran menghubungi semula kenalan yang ditemui sepanjang program dalam tempoh sebulan, mengenal pasti keperluan tindakan, menetapkan langkah bersama dan menilai kemajuan yang dicapai,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Laporan karbon, ESG semakin penting untuk tembusi pasaran eksport

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI