Sawadee Screamfest 5 tampil pengalaman seram berinspirasikan legenda Thailand

IPOH – Suasana misteri dan kisah mistik legenda Thailand bakal menghantui pengunjung Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) menerusi Sawadee Screamfest 5 yang menampilkan lapan tarikan rumah hantu dengan pengalaman seram penuh debaran.

Acara yang bermula dari 16 Oktober hingga 1 November (setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad) ini menawarkan pengalaman seram imersif menerusi suasana mendebarkan, jalan cerita tersendiri serta kemunculan watak misteri yang membawa pengunjung menyelami dunia mistik Asia Tenggara.

Antara lapan tarikan utama ditawarkan ialah Dead Man’s Rail, The Curse of Kong Koi, Tandas Phi Kee, Haunted Chamber’s featuring Hong Rai, Kra Hang’s Night Flight, The Susuk Chambers, The Eternal Theatre dan Luminous Forest.

Sawadee Screamfest 5 tampil pengalaman seram berinspirasikan legenda Thailand
Antara hantu yang menjadi tarikan dalam Sawadee Screamfest 5 di Sunway Lost World of Tambun. Foto Sunway Lagoon Studios

Setiap tarikan menampilkan latar dan jalan cerita berbeza, termasuk kisah makhluk ghaib serta legenda Thailand yang diolah dalam suasana taman tema bagi memberikan pengalaman seram lebih interaktif kepada pengunjung.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati lima tarikan terpilih dan tujuh pentas persembahan langsung, termasuk Stormrider, Dragon Flights, Giddy Galleon, Perak Parade dan Swan Lake.

Sawadee Screamfest 5 adalah acara yang dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan SLWOT merangkumi aspek konsep kreatif, penceritaan, reka bentuk tarikan, produksi dan pelaksanaan.

Sawadee Screamfest 5 tampil pengalaman seram berinspirasikan legenda Thailand
Perasmian Sawadee Screamfest 5 yang disempurnakan Pengurus Besar Sunway Lost World of Tambun, Brian Francis. Foto Sunway Lagoon Studios

Pengurus Besar SLWOT, Brian Francis berkata, acara itu memberi peluang kepada pasukannya menghasilkan pengalaman hiburan tersendiri menerusi gabungan penceritaan, reka bentuk kreatif dan produksi.

“Screamfest memberi peluang kepada pasukan kami merealisasikan sesuatu idea, daripada peringkat konsep hingga menjadi pengalaman sebenar yang mempunyai identiti tersendiri.

“Mengambil inspirasi daripada pelbagai budaya dan meneroka pendekatan baharu dalam menghidupkan cerita, kami dapat memenuhi minat pengunjung serta menawarkan tarikan baharu yang mendorong mereka mengunjungi destinasi kami,” katanya.

Sawadee Screamfest 5 tampil pengalaman seram berinspirasikan legenda Thailand
The Susuk Chambers antara salah satu tarikan yang dalam Sawadee Screamfest 5 di Sunway Lost World of Tambun. Foto Sunway Lagoon Studios

Menurutnya, penganjuran acara itu turut melengkapi tarikan sedia ada di SLWOT termasuk kolam air panas semula jadi, aktiviti keluarga dan hiburan pada waktu malam.

Sawadee Screamfest 5 dijangka menjadi satu lagi pilihan aktiviti buat pengunjung tempatan dan pelancong luar yang ingin meneroka Ipoh, sama ada sebagai destinasi utama atau sebahagian daripada percutian mereka. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pembangunan Urban Forest lebih RM1 bilion pelengkap ekosistem pelancongan Tambun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI