Moh Sukses SPM TCS rancang kolaborasi dengan universiti

LENGGONG – Program Moh Sukses SPM Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) bakal diperkukuh menerusi kerjasama dengan universiti bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan akademik dan membantu calon mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Penyelaras program, Dr S Shanmugavelu berkata, pendekatan kolaboratif itu antara perancangan bagi menambah baik strategi pelaksanaan program pada masa akan datang, selain menyesuaikan bimbingan mengikut keperluan setiap sekolah.

Menurutnya, pendekatan program tidak menetapkan subjek tertentu untuk semua sekolah, sebaliknya memberi tumpuan kepada mata pelajaran kritikal berdasarkan keperluan masing-masing.

“Sekarang kami memang ada idea dan rancangan untuk mengubah apa strategi pelaksanaannya dengan berkolaboratif dengan pemegang taruh di luar seperti universiti supaya pendekatan itu dapat dipertingkatkan lagi untuk membantu mencapai matlamat atau objektif program ini.

“Program ini menyediakan apa yang diperlukan oleh pelajar. Maksudnya sekolah lain mempunyai subjek yang berlainan sebagai subjek yang kritikal dan kami tak tetapkan subjek ini dilaksanakan di semua sekolah.

Moh Sukses SPM TCS rancang kolaborasi dengan universiti
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi bergambar pada Majlis Penutupan Rasmi Program Moh Sukses SPM 2026 Tuisyen Cikgu Saarani di Dewan Merdeka Lenggong, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 OKTOBER 2026.

“Mungkin sekolah itu subjeknya lain kritikal dan kami ikut keperluan sekolah. Pendekatan itu kami gunakan sehingga sekarang. Selain daripada tuisyen, kami beri pendedahan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan program Moh Sukses SPM 2026 TCS Daerah Hulu Perak yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Shanmugavelu berkata, program berkenaan bermula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan pada 2020 sebelum diperluaskan secara berperingkat ke seluruh daerah Hulu Perak.

“Sekarang bermula daripada tiga sekolah, program tersebut telah berkembang kepada 17 sekolah, termasuk dua sekolah RPS (Rancangan Penempatan Semula) pada tahun ini di seluruh daerah Hulu Perak melibatkan 1,300 pelajar,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya bersedia merancang dan melaksanakan program itu dengan lebih baik sekiranya terdapat hasrat untuk memperluaskannya ke kawasan lain, khususnya sekolah yang memerlukan bimbingan tambahan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Moh Sukses SPM bakal diperluas di seluruh daerah – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI