BAGAN DATUK — Lebih RM300,000 diperuntukkan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada masyarakat India di parlimen ini sempena perayaan Deepavali tahun ini khususnya kepada golongan B40 dan sektor Pendidikan.
Ia melibatkan sumbangan barangan keperluan asas kepada 2,000 keluarga masyarakat India dalam kategori B40, sumbangan wang tunai RM100 seorang kepada 682 murid sekolah Tamil dan 16 buah televisyen papan pintar kepada Sekolah Jenis Kebangsaaan Tamil (SJKT) di parlimen berkenan.
Kesemua sumbangan berkenaan disampaikan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun, di sini baru-baru ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





