Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 di Istana Iskandariah, di sini, pada Ahad.
Keberangkatan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di Bukit Chandan dekat sini diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut berangkat Raja Muda Perak Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #SultanPerak #IstiadatMenghadapSembahTaatSetiadanPenganugerahanDarjahKebesaran





