MGPerak: Sultan Nazrin Ingatkan Kemajuan Perlu Pedoman Agar Tidak Melunturkan Nilai Kemanusiaan

47

KUALA KANGSAR – Kemajuan perlu berpandukan pedoman supaya pembangunan mampu membawa kesejahteraan seiring perubahan zaman tanpa melunturkan nilai kemanusiaan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kepentingan masyarakat mengenali akar sejarah dan asas jati diri perlu seiring kepesatan pembangunan serta kemajuan teknologi.

Baginda turut menyentuh persoalan mengenai kerelevanan pusaka lama seperti Pedang Cura Si Manja Kini dan Keris Taming Sari dalam kehidupan masyarakat masa kini, seiring perubahan dunia yang pesat. – MGPerak #malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini