Datuk maut, cucu cedera berlanggar dengan pacuan empat roda

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas maut manakala cucu perempuannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Kuala Pegang-Parit Panjang dekat Baling, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Baling Superitendan Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 5.29 petang itu, Mohamad Norzizan Ismail, 61, maut akibat kecederaan dalaman badan, manakala cucunya Nur Damia Qaisara Norazlimi, 9, mengalami luka pada kepala dan badan.

“Ketika kejadian, mangsa dan cucunya menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Hospital Baling menghala ke Sik manakala kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 63 tahun itu pula dalam perjalanan dari arah Kuala Pegang menghala ke Parit Panjang.

“Sampai di tempat kejadian di Kampung Mengkuang Masjid, kenderaan pacuan empat roda membelok masuk ke kanan ke sebuah stesen minyak.

“Mangsa yang mengekori dari belakang tidak lepas memotong kereta itu dan terlanggar bahagian sisi sebelah kanan kenderaan di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Kampung Lela, Kuala Pegang mengalami cedera parah dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat, manakala cucunya dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan. Pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Artikel Berkaitan:

Dua maut, 11 cedera dalam kemalangan dua kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI