Kebakaran kediaman Koo Ham: Lelaki ditahan polis negatif dadah

IPOH – Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, disahkan negatif dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata, keputusan itu diperoleh hasil saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan yang ditahan pada Jumaat lepas.

Pada Jumaat, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata, lelaki itu ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira jam 4 pagi dan direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran kediaman Koo Ham: Seorang lelaki ditahan di Shah Alam

JBPM Perak ambil 11 sampel di kediaman Ngeh Koo Ham

Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Semalam, Mohd Yusri turut mengesahkan lelaki berusia 30an itu bukan ahli mana-mana parti politik dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI