KPKM siasat dakwaan Bernas utamakan pasar raya besar agih BPT

RAWANG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat dakwaan kononnya pengedaran bekalan beras putih tempatan (BPT) memberi keutamaan kepada pasar raya besar di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengarahkan MAFS menyiasat perkara itu yang didakwa melibatkan Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

“(Perkara) itu dalam siasatan, saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi kita memandang serius apa sahaja perkara. Atau pun struktur hal beras dan padi itu yang dibentuk pada 2008, apakah perlu dikaji semula.

“Jadi (mungkin) pihak kerajaan akan menilai semula dari sudut pengkajian semula struktur organisasi hal beras di Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Mohamad meluangkan masa hampir tiga jam dalam sesi lawatan kerjanya ke pusat penternakan ikan air tawar ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim), Ismail Awang mendakwa ada ada ‘percaturan’ tertentu dan kartel di dalam Bernas.

Barim mempersoalkan tentang layanan luar biasa Bernas kepada sebahagian pasar raya besar untuk mendapatkan bekalan BPT dan sebaliknya kepada pihaknya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang mutu benih padi sah yang dibekalkan tidak bermutu sejak 10 tahun lalu kepada pesawah, Mohamad bagaimanapun mengakui perkara itu.

“Saya akui (isu) benih padi ini sentiasa dalam permasalahan. Jadi kita akan menangani masalah itu dengan cara terbaik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI