APM P.Pinang catat rekod tertinggi bagi operasi kes lemas

BATU FERINGGHI – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang mencatatkan rekod tertinggi dalam operasi menyelamat mangsa di pantai sepanjang tahun lalu.

Pengarah APM negeri, Leftenan Kolonel (PA) Ishak Mohd Radzi berkata, ia susulan pihaknya menerima sebanyak 56 kes membabitkan tugasan menyelamatkan mangsa lemas.

“Kebanyakan kes lemas berlaku di pantai popular dan paling ramai pengunjung iaitu di sepanjang Batu Feringghi.

“Jika hendak dibandingkan dengan negeri lain, Pulau Pinang rekodkan kes tinggi sepanjang tahun lalu.

“Namun sekiranya dibandingkan dengan 2022 statistik menunjukkan berlaku pengurangkan kerana 95 daripada 100 kes dilaporkan bagi tahun itu adalah membabitkan kes lemas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembukaan Latihan APM Pulau Pinang 2024, di sini.

Tambah Ishak, pihaknya kini lebih fokus kepada latihan akuatik dan sedang mempertimbangkan bagi menambah keanggotaan dengan kemahiran.

“Memandangkan banyak kes atau operasi lemas dicatatkan di negeri ini jadi kita mahu beri penekanan terhadap latihan menyelamat akuatik.

“Ilmu latihan akuatik itu bukan buat warga APM saja tapi akan dipanjangkan kepada komuniti, penuntut institusi pengajian tinggi dan sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI