Tragedi Blue Valley: Seorang maut, empat lagi masih tertimbus

IPOH – Seorang mangsa tanah runtuh di Blue Valley, Cameron Highlands ditemukan maut dalam kejadian awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Haphey berusia 36 tahun.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands sedang berusaha menyelamatkan empat lagi mangsa yang tertimbus iaitu Shing Law Har, 56; Thang Moung, 25; Shing Aung, 39; dan Om Myue (Perempuan, 38).

Artikel berkaitan: Lima tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Cameron Highlands

Kejadian tanah runtuh dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang pada jam 2.51 pagi sebelum pasukan Bomba daripada BBP Cameron Highlands bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera.

Menurut Komander Operasi Kanan, PgKB I Ismail Abdul Ghani, pasukan bomba telah menjalankan operasi penyelamatan sebaik tiba di lokasi.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan dan Unit Khas daripada Pasukan STORM dan Unit Pengesan K9 telah digerakkan ke lokasi kejadian dalam operasi tersebut. – MGPerak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI