Mangsa kedua tanah runtuh Cameron Highlands ditemukan

CAMERON HIGHLANDS – Seorang lagi mangsa yang tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Kampung Batu 59, Blue Valley di Cameron Highlands, Pahang awal pagi tadi ditemukan sekitar jam 12.05 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, mangsa lelaki warga Myanmar dan masih belum dikenal pasti identiti itu ditemui kira-kira 10 meter dari tapak asal lokasi rumah pekerja terbabit.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mencari baki tiga lagi mangsa yang dipercayai tertimbus di dalam runtuhan tersebut.

“Operasi SAR dijalankan selepas kita menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.10 pagi.

“Mayat mangsa pertama ditemui pada jam 5.40 pagi dan mayat mangsa kedua pada jam 12.05 tengah hari,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI