Perpaduan bukan satu khayalan di Perak – Mujahid

IPOH – Kerajaan Perpaduan bukan satu khayalan di Perak dan ini dibuktikan melalui azam dan semangat yang diterjemahkan melalui konvensyen yang berlangsung pada hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak dari komponen parti Kerajaan Perpaduan untuk membina perpaduan, memupuk dan mengukuhkannya sehingga lahirnya kesepaduan.

“Berbalik kepada soal perpaduan, satu hakikat yang tak dapat dinafikan ialah, perpaduan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan kita membuang sikap ego.

“Tidak mudah untuk kita mengikis perasaan ego kekelompokan setelah sekian lama kita bertarung antara satu sama lain di pentas politik.

“Namun kita percaya bahawa dalam perjuangan ada sesuatu yang lebih besar daripada kepentingan diri iaitu ihsan yang dijelmakan dalam usaha perpaduan demi rakyat dan kepentingan negeri serta negara,” katanya.

Perpaduan bukan satu khayalan - Mujahid
Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Mujahid turut mengingatkan kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak terlalu selesa dengan keadaan sekarang.

“Jangan sesekali kita berasa selesa dengan keadaan kerana ada pihak yang mencemburui kita. Mereka sentiasa memandang kita dengan mata kebencian dan permusuhan.

“Kejayaan kita adalah kekecewaan bagi mereka, kegagalan kita adalah kegembiraan bagi mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati pucuk pimpinan di akar umbi supaya mencetuskan ‘Gelombang Perpaduan’ dengan meningkatkan kerjasama kedua-dua parti supaya membuat penerangan bersama secara efektif tentang dasar Kerajaan Perpaduan Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mini Konvensyen Kerajaan Perpaduan akan diadakan dekati rakyat

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI