MGPerak: Ketuai Jawatankuasa NACCOL, MP Bukit Gantang Bantu Kerajaan Tanggani Kos Sara Hidup

600

IPOH – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bersedia menggalas tanggungjawab untuk membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, sebelum ini beliau telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha itu.

Syed Abu Hussin berkata, beliau bersedia untuk membantu kerajaan dalam menyumbangkan idea dan tenaga dalam soal menangani kos sara hidup, namun beliau harus ditempatkan di dalam mana-mana jawatan yang sesuai.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini