Jentera penerangan perlu tangkas tepis dakyah tidak benar

IPOH – Jentera penerangan Kerajaan Perpaduan Perak perlu tangkas dan pantas bagi menepis dakyah serta pembohongan terutamanya yang disebarkan melalui media sosial serta sengaja dibuat oleh pihak ‘musuh’.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, gerak kerja di peringkat akar umbi mesti menjelmakan semangat kesatuan sesama parti-parti komponen.

“Ini sekali gus memberi isyarat kepada rakyat bahawa kita sederap dan senada dalam mencurahkan khidmat kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad.

Jentera penerangan perlu tangkas tepis dakyah tidak benar
Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi penggulungan pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JANUARI 2024.

Dalam pada itu, Saarani berharap idea dan buah fikiran yang digarap sepanjang konvensyen ini berlangsung akan menjadi pedoman dalam usaha memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, ia akan dijadikan sebagai penyuluh dalam memberikan pencerahan kepada pendukung parti di kawasan masing-masing serta kefahaman untuk masing-masing memperteguhkan persefahaman antara satu sama lain.

“Seperti seruan yang dilaungkan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pagi tadi, pemimpin di peringkat akar umbi perlu memainkan peranan masing-masing untuk mencetuskan gelombang perpaduan yang lebih utuh.

“Berilah keyakinan kepada rakyat di luar sana bahawa kita ada keazaman, kita ada kemahuan dan kita ada kesungguhan untuk menjadi kerajaan yang ikhlas dan tulus memperjuangkan nasib rakyat,” jelasnya.

Konvensyen Perpaduan Peringkat Negeri Perak yang julung kali diadakan ini berjaya menghimpunkan lebih 1,500 perwakilan melibatkan kepimpinan tertinggi sehingga ke peringkat akar umbi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). –  MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mini Konvensyen Kerajaan Perpaduan akan diadakan dekati rakyat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI