20 penumpang lalui detik cemas, bas Rapid Penang terbakar

GEORGE TOWN – Sebuah bas Rapid Penang yang membawa 20 penumpang berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbakar dalam kejadian di Jalan Burma di sini, petang semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas pemandu bas tersebut berjaya menyelamatkan kesemua penumpang sekali gus tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) dalam satu kenyataan malam tadi berkata, kejadian pada jam 5.05 petang itu membabitkan bas laluan 101 yang dalam perjalanan menghala ke Jeti.

“Kapten bas yang sudah dilatih mengendali situasi kecemasan luar jangka, bertindak pantas dengan memberhentikan bas bagi menurunkan penumpang.

“Kapten terbabit juga cuba mengawal api daripada merebak menggunakan peralatan pemadam api yang terdapat di dalam bas,” kata kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu, Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian tersebut selain akan memberi kerjasama kepada bomba bagi menjalankan siasatan penuh termasuk punca kebakaran.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati kebakaran membabitkan bahagian belakang bas termasuk enjin.

“Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira tujuh minit memadamkan kebakaran yang membabitkan kemusnahan sehingga 50 peratus.

“Difahamkan ketika kejadian, pemandu bas Rapid Penang berkenaan sedang menurunkan penumpang sebelum menyedari terdapat kepulan asap di bahagian belakang kenderaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI