Padah kutip duit parkir haram, dua lelaki diberkas

IPOH – Padah mengutip bayaran secara haram, dua lelaki warga emas diberkas menerusi satu operasi khas yang dijalankan bagi membanteras penjaga parkir haram di sekitar bandar raya ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dua lelaki warga tempatan yang ditahan itu berusia 61 dan 68 tahun.

Menurutnya, tangkapan ke atas semua suspek terlibat dijalankan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987

“Kita memandang serius terhadap masalah penjaga parkir haram ini terutamanya di kawasan tumpuan pelancong di sekitar bandar raya Ipoh.

“Kehadiran mereka mendatangkan gangguan kepada orang awam dan pelancong,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, sebanyak 83 tangkapan dilakukan sepanjang operasi khas yang dijalankan bagi mencegah penjaga parkir haram dijalankan sepanjang tahun 2023.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak memberikan sebarang bayaran kepada penjaga parkir haram.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjaga parkir haram boleh mendapat bantuan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga asing berjalan kaki maut dilanggar berhampiran R&R Tapah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI