Abang ugut adik guna pisau pemotong daging ditahan

GERIK – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging dalam insiden di rumah keluarga mereka di Felda Bersia di sini malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian sekitar jam 10.20 malam itu tercetus akibat perselisihan faham antara kedua-dua adik beradik berkenaan.

Menurutnya, suspek bertindak mengugut adik lelakinya yang berusia 47 tahun menggunakan sebilah pisau pemotong daging selepas tidak berpuas hati apabila ditegur lelaki terbabit kerana campur tangan dalam urusan keluarga pengadu.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati telah mengajak pengadu bergaduh sambil mengacukan pisau yang sama untuk kali kedua.

“Susulan kejadian itu, pengadu membuat laporan polis sekitar jam 12.36 malam tadi dan polis telah menahan suspek terbabit,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut akan dilakukan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut ibu, ayah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI