Abdul Malik Ketua Polis Daerah Tapah baharu

TAPAH – Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Tapah baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan bekas Ketua Polis Daerah Tapah, Superitenden Johari Yahya yang akan meneruskan tanggungjawab baharu sebagai Ketua Polis Daerah Nilai.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dengan disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Noor Hisam dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan kepada Johari atas khidmat bakti sebagai Ketua Polis Daerah Tapah selama tempoh lebih kurang lapan bulan dan Pegawai Turus D7, IPK Perak, selama satu tahun tujuh bulan.

“Kepada Tuan Johari, I hope u will accept this order with open heart, who knows, something better is waiting for you there at Nilai. In the age of 42, you are still young with a very bright future in career.

“I wish you congratulation and all the best at the new post, may your journey will be filled with success and happiness. Jaga kerja Tuan, kekalkan disiplin diri, dan teruskan usaha untuk membuktikan kemampuan Tuan untuk memimpin operasi sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim

Beliau kemudiannya mengalu-alukan Abdul Malik yang kini menjadi sebahagian daripada ahli keluarga IPK Perak.

“Saya amat mengharapkan Tuan Abdul Malik dapat memberikan sumbangan khidmat yang terbaik, dalam menaikkan semangat warga kerja, dan memastikan khidmat kepolisan IPD Tapah kepada masyarakat di tahap terbaik dan terpuji,” katanya.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Tapah antara isteri Johari iaitu Maharani Ab Rahman dengan Wan Norulain Wan Hamid.

Mengenai latar belakang Abdul Malik, beliau merupakan anak kelahiran Semporna, Sabah yang memulakan kerjayanya sebagai konstabel polis pada 2003.

Beliau seorang pegawai kanan polis yang berpengalaman luas khususnya di Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Pengurusan. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI