Abot, Rambai jinakkan Yob Padang seberat tiga tan

GERIK – Seekor gajah liar jantan dianggarkan seberat tiga tan berjaya dijinakkan Abot dan Rambai dalam tempoh 15 minit ketika operasi pemindahan mamalia tersebut di Kampung Padang Stang, di sini, pada Selasa.

Dua gajah denak berkenaan yang dibantu pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menenangkan Yob Padang yang dianggar berusia 45 tahun.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah liar berkenaan ditangkap pada 14 Mei lalu selepas merosakan kebun getah dan tanaman penduduk.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff

Menurut beliau, pihaknya percaya bahawa Yob Padang merupakan gajah tunggal yang berkeliaran sehingga memasuki kebun penduduk.

“Alhamdulillah operasi hari ini berjalan baik dan kita selesai memindahkan Yop Padang sekitar jam 1.30 pagi dengan bantuan pelbagai pihak. Terima kasih saya ucapkan.

“Untuk pengalaman saya di Perak ini gajah paling besar yang kita tangkap dan Alhamdulillah ia mudah dijinakkan lebih kurang 15 minit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi pemindahan gajah berkenaan di Kampung Padang Stang, di sini, pada Selasa.

Gajah denak Abot dan Rambai berjaya ‘memujuk’ Yob Padang gajah jantan liar seberat tiga tan dalam operasi pemindahan gajah di Kampung Padang Stang, Gerik. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MEI 2025.

Ditanya sama ada masih ada gangguan gajah liar selain Yob Padang, Yusoff mengesahkannya bahawa Perhilitan mengesan kehadiran gajah lain di sekitar Mukim Kerunai.

“Kita mengesan ada kehadiran gajah dan akan membuat tindakan. Saya berharap agar penduduk kampung bersabar dan kita akan buat yang terbaik,” katanya.

Operasi pemindahan berkenaan disertai 12 anggota Perhilitan Perak, 10 anggota Perhilitan Kuala Gandah, Pahang dan dibantu tiga anggota Perhilitan Johor.

Sementara itu, Yusoff berkata, Perhilitan juga berjaya menangkap seekor lagi gajah jantan liar berusia sekitar 14 tahun seberat 1.5 tan di Kampung Bongor, di sini pada Isnin. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perhilitan Perak pindahkan Yob Napi, Yong Hani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI