Ada syarikat kerap peroleh projek nilai tinggi tentera darat

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung perolehan projek tentera darat, semalam.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati bermula 2023 sehingga 2025 perolehan Tentera Darat (TD) bagi nilai projek melebihi RM500,000 adalah sebanyak 158.

Manakala bagi perolehan di bawah RM500,000 pula jumlah keseluruhan projek adalah 4,521.

“Semakan awal terhadap kesemua projek tersebut mendapati terdapat beberapa buah syarikat yang kerap memperoleh projek dengan nilai yang tinggi dan ia agak meragukan.

“Begitupun semakan terperinci masih belum dilakukan mengenai profiling syarikat-syarikat yang menerima kontrak ini,” katanya.

Katanya, SPRM kini mempergiatkan siasatan yang dimulakan Selasa lalu dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah perolehan.

Rabu lalu, suruhanjaya pencegahan rasuah itu mengambil aduan dan merakam keterangan Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Chegu Bad atau Badrul Hisham Shaharin berhubung kes tersebut.

Aktivis tersebut telah hadir untuk menyalurkan maklumat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 12 tenghari hari.

Terdahulu, pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Selasa dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau menegaskan semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI