Adik lelaki MB Perak meninggal dunia

IPOH – Adik lelaki kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pada Khamis.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook milik beliau sekitar jam 7 malam tadi, Saarani memaklumkan adiknya Shabaruddin Mohamad telah kembali ke Rahmatullah.

“Dukacita memaklumkan adinda saya, Hj Shabaruddin Mohamad (Tok Ketua Kampung Raban) telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon sahabat-sahabat mendoakan semoga Allah S.W.T. mengampunkan segala dosanya, merahmati rohnya dan tempatkan dia kalangan orang yang beramal soleh,” katanya.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Kampung Raban sebelum di bawa ke Masjid Al Hamidiah untuk solat jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raban malam ini.

Mac tahun lalu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu turut kehilangan adik lelakinya Allahyarham Ahmad Rozimi Mohamad. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Adik MB Perak meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI