Aduan berkaitan tanah di Batang Padang berkurangan

TAPAH – Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) anjuran Kerajaan Negeri Perak di daerah Batang Padang berjaya mengurangkan permasalahan berkaitan tanah yang dihadapi rakyat tempatan sejak dilaksanakan pada 2022.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia dibuktikan apabila jumlah aduan berkaitan permasalah tanah yang diterima pada penganjuran Siri Ke-2 Tahun 2025 di Dewan Merdeka Tapah, pada Khamis berkurangan.

Saarani berkata, tindakan pantas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak bersama Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang menyelesaikan masalah terutamanya berkaitan tanah pada siri sebelum ini berjaya mengurangkan jumlah aduan yang diterima.

“Taniah saya ucapkan kepada Pegawai Daerah dan pasukan sebab kali pertama program ini dianjurkan di Batang Padang begitu ramai datang membuat aduan berkaitan tanah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Dewan Merdeka Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAC 2025.

“Tapi hari ini yang datang terutamanya masalah berkaitan tanah berkurangan dan tidak ramai,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Mengulas mengenai penganjuran Program MESRA HBP Siri Ke-2 Tahun 2025, bertempat di Dewan Merdeka, Saarani berkata daerah Batang Padang menjadi lokasi pertama program berkenaan yang diadakan di luar Ipoh bagi tahun ini.

Jelas beliau, seperti kelazimannya, pemilihan lokasi dilakukan secara bergilir-gilir bagi memastikan masyarakat di daerah-daerah lain turut merasai manfaat program ini secara lebih meluas.

“Sebanyak 98 baduan diterima hari ini. Sejak siri pertama tahun ini, 138 aduan telah diterima, dengan 118 atau bersamaan 85 peratus diselesaikan, manakala 20 atau 15 peratus lagi dalam tindakan susulan.

“Kerajaan Negeri komited memastikan setiap aduan diberi perhatian serius serta diselesaikan dengan segera dan tuntas demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Orang ramai hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Dewan Merdeka Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 MAC 2025.

Penganjuran HBP kali ini melibatkan 71 kaunter khidmat pelanggan serta dua kaunter bergerak, yang menyediakan akses lebih mudah dan selesa untuk rakyat mendapatkan perkhidmatan dan maklumat secara terus daripada jabatan serta agensi kerajaan berkaitan.

Turut diadakan Jualan Rahmah dan Jualan Perak Sejahtera oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membantu rakyat mendapatkan keperluan harian dengan harga berpatutan menjelang Aidilfitri

Melalui Jualan Perak Sejahtera, sebanyak 500 bakul berisi ayam, gula, santan, sardin, nasi impit dan serai dijual pada harga RM15 sahaja berbanding harga asal RM33.

Jualan ini turut menyediakan 30 lot jualan melibatkan 27 usahawan tempatan dengan sasaran jualan keseluruhan sebanyak RM60,000. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI