ADUN Ayer Kuning disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, bedah siasat terhadap mangsa berusia 59 tahun itu dijalankan jam 9 malam tadi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan serangan jantung,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Ishsam dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HPP di sini, jam 10.40 malam tadi.

Allahyarham dibawa pulang ke kediamannaya di Desa Seri Ampang, Ipoh dengan van jenazah serta diiringi beberapa kenderaan ahli keluarga.

Jenazah Ishsam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia jam 10 pagi esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI