‘Aga Legap’ timbulkan kegusaran penduduk berjaya ditangkap

SUNGAI SIPUT – Seekor gajah jantan liar seberat 1.8 tan yang berkeliaran di kawasan kebun dan penempatan masyarakat Orang Asli di RPS Legap dekat sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah yang diberi nama ‘Aga Legap’ itu ditangkap pada Khamis lalu selepas didapati menimbulkan kegusaran penduduk sejak Disember lalu.

gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak berjaya menangkap seekor gajah jantan liar yang menceroboh kawasan penempatan Orang Asli di RPS Legap, Sungai Siput sejak Disember lalu, dalam satu operasi pemindahan haiwan itu menggunakan dua ekor gajah denak betina bernama Abot dan Rambai. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 JANUARI 2024.

Katanya, mamalia dianggarkan berusia 11 ke 12 tahun itu akan dipindahkan ke habitat asal di Hutan Simpan Belum susulan operasi pemindahan gajah itu pagi tadi.

Menurut beliau, dua ekor gajah denak iaitu bernama Rambai dan Abot dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang turut digunakan dalam operasi terbabit.

gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap
Dua ekor gajah denak betina bernama Abot dan Rambai digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak untuk menangkap seekor gajah jantan liar yang menceroboh kawasan penempatan Orang Asli di RPS Legap, Sungai Siput sejak Disember lalu, dalam satu operasi pemindahan haiwan itu. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 JANUARI 2024.
gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak berjaya menangkap seekor gajah jantan liar yang menceroboh kawasan penempatan Orang Asli di RPS Legap, Sungai Siput sejak Disember lalu, dalam satu operasi pemindahan haiwan itu. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 JANUARI 2024.

“Pihak kami telah menerima aduan daripada penduduk setempat pada Disember lalu yang mana gajah liar ini telah mengganggu kebun di samping menimbulkan kegusaran kepada mereka terutama pada waktu malam.

“Selain itu, kami percaya haiwan ini merupakan salah seekor dari 12 ke 15 ekor kumpulan gajah daripada ID (kumpulan gajah) Piah dari hutan simpan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada operasi pemindahan gajah liar itu di RPS Legap, dekat sini, pada Isnin.

Operasi yang berlangsung kira-kira lima jam bermula pada jam 8 pagi itu melibatkan 29 anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Perhilitan Perak.

gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak berjaya menangkap seekor gajah jantan liar yang menceroboh kawasan penempatan Orang Asli di RPS Legap, Sungai Siput sejak Disember lalu, dalam satu operasi pemindahan haiwan itu menggunakan dua ekor gajah denak betina bernama Abot dan Rambai. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 JANUARI 2024.
gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap gajah liar perhilitan perak sungai siput Aga Legap
Masyarakat Orang Asli mengambil peluang melihat dengan lebih dekat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak menangkap seekor gajah jantan liar yang menceroboh kawasan penempatan Orang Asli di RPS Legap, Sungai Siput sejak Disember lalu, dalam satu operasi pemindahan haiwan itu menggunakan dua ekor gajah denak betina bernama Abot dan Rambai. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 JANUARI 2024.

Pada masa sama, Yusoff berkata, sebelum itu pihaknya telah menerima lapan aduan berkaitan gangguan gajah liar melibatkan kawasan di Hulu Perak di Gerik, serta Pos Perwor dan Lintang di Sungai Siput.

“Sebelum ini kita mengambil kaedah menghalau sahaja, namun hasil penilaian di lapangan, kami merasakan sudah tiba masanya untuk kita buat tangkapan dan pemindahan terhadap gajah liar itu,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Serangan harimau, Perhilitan pasang perangkap dan kamera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI