KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.
Menurut Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Media sebelum ini melaporkan, seorang pegawai kanan tentera darat sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia.
Beliau yang sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 28 Disember lalu dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tarikh berkenaan. -MalaysiaGazette


