Ahli perniagaan laksana ibadah korban tanpa henti sejak 25 tahun lalu

IPOH – Seorang ahli perniagaan bersyukur kerana masih dapat melaksanakan ibadah korban setiap tahun sejak 25 tahun lalu.

Muhammad Jaafar Hamdan, 47, berkata, walaupun ibadah korban itu bukan satu kewajipan namun setiap kali perayaan Aidiladha tiba pasti dia akan melaksanakannya.

Bapa kepada dua orang anak ini berkata, dia melakukan ibadah tersebut selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan pagi tadi.

Temubual ahli perniagaan, Muhammad Jaafar Hamdan, 47, sempena sambutan Aidiladha di Masjid India Muslim Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2024.

“Sehingga hari ini, saya sudah melaksanakan ibadah korban di masjid yang sama sejak berusia 22 tahun. Setiap tahun antara tiga ke empat ekor kambing yang akan kami korbankan.

“Niat saya melakukan ibadah korban ini adalah untuk amal jariah selain membantu golongan yang memerlukan.

“Lazimnya, kambing menjadi haiwan untuk melaksanakan ibadah tersebut dan ada juga lembu,” katanya ketika ditemui di Masjid India Muslim Ipoh di sini, pada Isnin.

Ahli perniagaan laksana ibadah korban tanpa henti sejak 25 tahun lalu
Para petugas Masjid India Muslim Ipoh bergotong-royong menjalankan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha atau Hari Raya Haji yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia hari ini.
Sebanyak 159 ekor kambing yang disembelih pada program ibadah korban di sini. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2024.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Jaafar yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan logistik berkata, setiap kali ibadah korban dilaksanakan dia hanya mengambil sedikit sahaja bahagian dan selebihnya diberikan kepada golongan memerlukan.

“Daging-daging korban yang saya dapat itu saya hanya ambil segenggam untuk saya dan yang lain semua diagihkan kepada fakir miskin.

“Saya juga sudah berpesan kepada anak-anak saya, jika saya sudah tiada, InsyaALLAH mereka akan mewarisi ibadah korban ini,” ujarnya.

Ahli perniagaan laksana ibadah korban tanpa henti sejak 25 tahun lalu
Orang ramai mengambil daging kambing sempena sambutan Aidiladha di Masjid India Muslim Ipoh.
Sebanyak 159 ekor kambing yang disembelih pada program ibadah korban di sini. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2024.

Sementara itu, Pengerusi Masjid India Muslim Ipoh, Shaikh Mujibur Rahman Mohd Yusoff berkata, sebanyak 159 ekor kambing disembelih pada Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Menurutnya, program yang diadakan sejak 1987 itu melibatkan ahli kariah masjid dan sukarelawan yang berada di sekitar bandar raya ini.

“Kira-kira 110 petugas membabitkan ahli kariah masjid dan sukarelawan terlibat pada program tahun ini dan sebanyak 850 kilogram daging kambing diagihkan kepada 1,000 orang terdiri daripada orang ramai dan fakir miskin,” jelasnya.

Ahli perniagaan laksana ibadah korban tanpa henti sejak 25 tahun lalu
Temubual Pengerusi Masjid India Muslim Ipoh, Shaikh Mujibur Rahman Mohd Yusoff. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2024.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ibadah Korban masjid tersebut berkata,  selain kambing, seekor lembu juga akan dikorbankan pada Rabu ini.

“Setiap tahun antara 150 ke 170 ekor kambing akan dikorbankan. Pada tahun ini, harga bagi seekor kambing untuk ibadah korban bernilai RM950.

Ahli perniagaan laksana ibadah korban tanpa henti sejak 25 tahun lalu
Para petugas Masjid India Muslim Ipoh bergotong-royong menjalankan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha atau Hari Raya Haji yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia hari ini.
Sebanyak 159 ekor kambing yang disembelih pada program ibadah korban di sini. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2024.

“Selain itu, kita turut menyediakan makan tengah hari iaitu beriani kambing untuk dihidangkan kepada semua petugas yang terlibat dalam ibadah korban pada hari ini,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

‘Nak bawa mak, ayah ke syurga, tetapi hidayah itu milik Allah’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI