Ahmad Samsuri dilantik pengerusi baharu PN

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih sebulan lepas.

Timbalan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi (MT) gabungan berkenaan di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

“Mesyuarat juga meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata isu kedudukan ketua pembangkang baharu di Parlimen bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Bersatu masih dalam perbincangan.

Beliau berkata perkara itu ada dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan dengan parti-parti komponen  bersetuju supaya jawatan ketua pembangkang dipegang PAS.

“… tapi belum ada keputusan lagi kerana PAS memerlukan sedikit masa untuk meneliti perkara ini,” katanya.

— BERNAMA

 

 


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI