Aidiladha lebih bermakna, petugas media Perak sertai korban lembu sumbangan PM

IPOH – Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini lebih bermakna buat petugas media di Negeri Perak apabila berpeluang menyertai program ibadah korban menerusi sumbangan lembu korban oleh Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid As-Syakirin, Kampung Kuang Hilir, Chemor, dekat sini, yang terletak dalam kawasan Parlimen Tambun, bersama-sama dengan penduduk setempat, pada Sabtu.

Petugas media Perak korban Aidiladha korban Aidiladha Perak, sumbangan lembu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim korban, media Perak sambut Aidiladha, program korban Tambun, Masjid As-Syakirin Chemor
Para petugas dan sukarelawan termasuk dalam kalangan penduduk setempat melakukan aktiviti melapah lembu korban secara bergotong-royong bersempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid As-Syakirin, Kampung Kuang Hilir, Chemor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JUN 2025.

Kira-kira 20 petugas termasuk dalam kalangan penduduk setempat melaksanakan program ibadah korban secara bergotong-royong di pekarangan masjid seawal jam 9.15 pagi Sabtu dengan melibatkan kesemua lima lembu korban.

Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak, Sayed Mohd. Hesham Syed Idris merakamkan penghargaan atas sumbangan lembu korban yang dikhususkan oleh Perdana Menteri kepada pengamal media di negeri ini.

Katanya, inisiatif itu mencerminkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kebajikan warga media yang memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Petugas media Perak korban Aidiladha korban Aidiladha Perak, sumbangan lembu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim korban, media Perak sambut Aidiladha, program korban Tambun, Masjid As-Syakirin Chemor
Para petugas dan sukarelawan termasuk dalam kalangan penduduk setempat melakukan aktiviti melapah lembu korban secara bergotong-royong bersempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid As-Syakirin, Kampung Kuang Hilir, Chemor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JUN 2025.

“Sebahagian besar daripada daging korban ini diagihkan di kawasan Tambun, manakala selebihnya diberikan kepada kalangan petugas media yang terlibat,” katanya ketika ditemui di Masjid As-Syakirin, Kampung Kuang Hilir, pada Sabtu.

Dalam pada itu, wartawan, Abd Razak Mohd Ali, menyifatkan sumbangan tersebut sebagai satu penghargaan dan semangat kebersamaan dengan petugas media di Perak.

“Sumbangan lembu korban ini amat bermakna, terutama bagi kumpulan asnaf dan pengamal media.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini, khususnya kepada Perdana Menteri dan jawatankuasa masjid,” ujarnya lagi.

Petugas media Perak korban Aidiladha korban Aidiladha Perak, sumbangan lembu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim korban, media Perak sambut Aidiladha, program korban Tambun, Masjid As-Syakirin Chemor
Para petugas dan sukarelawan termasuk dalam kalangan penduduk setempat melakukan aktiviti melapah lembu korban secara bergotong-royong bersempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid As-Syakirin, Kampung Kuang Hilir, Chemor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JUN 2025.

Sumbangan kepada petugas media Perak merupakan antara 126 ekor lembu korban yang disumbangkan oleh Perdana Menteri bagi peringkat Parlimen Tambun untuk diagihkan kepada masjid dan surau kawasan tersebut sempena Aidiladha.

Pada Jumaat, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, bilangan lembu yang disumbangkan itu meningkat berbanding tahun lalu kerana Anwar mahu memastikan semua masjid dan surau dapat menjalankan ibadah korban. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

126 ekor lembu korban sumbangan PM untuk Parlimen Tambun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI