Aidilfitri: Kor Ming arah tindakan tegas pihak buang sampah merata-rata

IPOH – Nga Kor Ming mengarahkan semua agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak tegas terhadap pihak yang sengaja membuang sampah merata-rata dalam musim perayaan Aidilfitri ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, beliau kesal dengan tindakan berkenaan sebagaimana melalui gambar tular di media sosial yang memaparkan keadaan tepi jalan di lebuh raya di Pahang dicemari dengan sampah-sarap.

Nga kor ming menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sampah sarap sampah tepi jalan tular lebuh raya PBT KPKT
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir menyantuni penerima sumbangan pada Program Meriah Beraya anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Pasar Raya Angsana Mall, Ipoh. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

“Saya sudah mengarahkan kepada PBT untuk keluarkan kompaun dan pastikan dia (mereka yang sengaja membuang sampah merata-rata) untuk bayar. Tindakan tegas harus diambil.

“Kamu sudah buang sampah, harus bertanggungjawab. Ini bukan lagi zaman batu, ini adalah abad ke-21. Semua ada pendidikan sivik, maka semua harus bertanggungjawab menjaga kebersihan awam, bukan hanya serah pada PBT semata-mata.

“Sekarang pun sedang cuaca panas, maka kasihan kepada pekerja-pekerja kita yang bertungkus lumus membersihkan kawasan awam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Meriah Beraya anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Pasar Raya Angsana Mall, dekat sini, pada Sabtu.

Pada program berkenaan, sebanyak RM22,500 duit raya diserahkan kepada lebih 150 keluarga di kawasan DUN Kepayang bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Nga kor ming menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sampah sarap sampah tepi jalan tular lebuh raya PBT KPKT bertanggungjawab
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir pada Program Meriah Beraya anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Pasar Raya Angsana Mall, Ipoh. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Dalam pada itu, Kor Ming meminta agar orang ramai untuk lebih bertanggungjawab dalam soal menjaga kebersihan persekitaran masing-masing terutama pada musim perayaan Aidilfitri ini.

“Jangan buang sampah sesuka hati di tepi jalan, kemudian mengharapkan pula ada pekerja atau orang lain yang akan kutip sampah itu untuk anda. Sikap ini wajib kita tolak,” katanya lagi.

Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan memaparkan keadaan tepi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur ke Gua Musang dipenuhi sampah dipercayai daripada sikap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, media melaporkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang meminta pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) untuk tidak membuang sampah ketika singgah berehat di tepi lebuh raya itu.

Pengarahnya, Sharudin Hamid dilaporkan berkata perbuatan itu boleh mengundang risiko kepada pengguna terutama penunggang motosikal apabila sampah terutama tin minuman bertaburan di jalan raya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

390 kg sampah dikutip di pantai Teluk Senangin

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI