Aiman Ridhwan, Norhazira Nabila johan Tilawah al-Quran Perak

IPOH – Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan Norhazira Nabila Mohammad Kamel masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak 1446 H/2025 M.

Aiman Ridhwan, pernah dinobatkan sebagai qari Tilawah al-Quran Kebangsaan 2022, sementara Norhazira Nabila berada di kedudukan naib johan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Negeri tahun lalu.

Kedua-dua qari dan qariah itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000 berserta plak.

Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak 2025 Johan Tilawah al-Quran Perak Hafazan al-Quran Perak 2025 Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Perak Qari dan qariah terbaik Perak 2025 Pemenang tilawah al-Quran Qari dan qariah terbaik Perak 2025 Pemenang tilawah al-Quran
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Johan Qariah, Norhazira Nabila Mohammad Kamel pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 FEBRUARI 2025.

Sementara itu, kedudukan naib johan dan tempat ketiga qari, disandang Mohd Sahran Termizi serta Amir Naufal Rifqi Mohd Rashid.

Bagi kategori qariah, Puteri Kalimatul Azzua Hamid dan Nur Syahira binti Saiful ‘Adli masing-masing dinobatkan sebagai naib johan dan tempat ketiga.

Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak 2025 Johan Tilawah al-Quran Perak Hafazan al-Quran Perak 2025 Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Perak Qari dan qariah terbaik Perak 2025 Pemenang tilawah al-Quran Qari dan qariah terbaik Perak 2025 Pemenang tilawah al-Quran
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 FEBRUARI 2025.

Bagi kategori qari dan qariah, naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM7,000 dan RM5,000, berserta plak.

Qari dan qariah bakal mewakili Perak ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) yang akan berlangsung bermula 27 April hingga 2 Mei, di Perlis.

Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak 2025 Johan Tilawah al-Quran Perak Hafazan al-Quran Perak 2025 Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Perak Qari dan qariah terbaik Perak 2025 Pemenang tilawah al-Quran Qari dan qariah terbaik Perak 2025 Pemenang tilawah al-Quran
Alunan Azan dan ayat al-Quran pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 FEBRUARI 2025.

Dalam pada itu, johan hafazan kategori 1 hingga 30 juzuk, disandang Mohd Adib Ahmad Rozaini bagi kategori lelaki, dan Siti Sarah Muhammad Hanif (kategori perempuan).

Mereka menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000 beserta plak.

Sementara Danish Farhan Abdul Razak dan Nurhamizah Mohd Shafawi masing-masing diumum sebagai pemenang hafazan kategori 1 hingga 20 juzuk, serta membawa pulang wang tunai RM6,000 dan sijil.

Alunan ayat suci al-Quran oleh peserta pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 FEBRUARI 2025.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis penutup dan penyampaian hadiah majlis di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, di sini malam tadi.

Turut berangkat ke majlis, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1446H/2025M di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 FEBRUARI 2025.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Acara yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa itu disertai lapan individu bagi kategori tilawah sementara 24 kategori hafazan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Saarani, isteri hadir Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI