Air Bukit Merah susut, Perak mohon pembenihan awan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah penurunan paras air kritikal di Empangan Bukit Merah, di Bagan Serai sejak minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha itu akan melibatkan pihak seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Kita terlebih dahulu harus mengambil pandangan semua pihak dengan menubuhkan jawatankuasa itu untuk kita menangani masalah penurunan paras air itu dalam jangka masa pendek.

“Ini kerana dalam jangka masa panjang, kita akan memperolehi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memindahkan air dari Sungai Perak ke Bukit Merah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas hadir ke program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Siri Kelima 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.

Kolam bukit merah empangan perak menyusut air jawatankuasa saarani
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5 Tahun 2024 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JULAI 2024.

Media sebelum ini melaporkan Empangan Bukit Merah yang menjadi sumber air untuk kegunaan domestik dan pertanian khususnya di Bagan Serai dan sekitarnya mula menyusut ekoran cuaca panas.

JPS Daerah Kerian dilaporkan terpaksa menghentikan bekalan pengairan untuk kegunaan sektor pertanian disebabkan paras air di empangan berkenaan telah menyusut kepada
paras 6.096 meter.

Mengulas lanjut Saarani memberitahu, Perak akan memohon kepada memohon kepada Persekutuan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan di empangan tersebut.

Kolam bukit merah empangan perak menyusut air jawatankuasa saarani
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5 Tahun 2024 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JULAI 2024.

“Namun dalam hal ini, kita harus mengambil kira sama ada ia benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah ini atau sebaliknya.

“Jika hujan turun berterusan dan memenuhi takungan, Insya-Allah ia boleh menampung pengairan empangan. Akan tetapi jika hujan turun sekejap, tasik akan mula kering kembali pula. Justeru perkara ini harus diambil kira,” katanya.

Di samping itu Saarani berkata, terdapat cadangan yang mengusulkan agar dasar Empangan Kolam Bukit Merah dapat didalamkan sebagai salah satu langkah alternatif menyelesaikan masalah sama.

Walau bagaimanapun ujar beliau, cadangan itu dilihat kurang sesuai memandangkan tidak mempunyai sumber mata air yang boleh meningkatkan paras empangan tersebut.

“Tiga tahun lalu pernah ditimbulkan cadangan itu, tetapi agensi berkaitan tidak bersetuju kerana empangan berkeaan merupakan kolam takungan buatan dan tidak mempunyai mata air.

“Oleh itu, kita bimbang apabila kita korek bagi mendalamkan dasar empangan, tiada sumber air yang keluar dan masalah lain pula yang akan timbul,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM4 bilion untuk projek air Sungai Perak-Bukit Merah – Anwar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI