Air laut melimpah ke rumah penduduk akibat ban pecah

BAGAN DATUK – Beberapa rumah di sekitar Kampung Teluk Penikam di sini dimasuki air selepas benteng penahan air laut di kawasan itu pecah sewaktu kejadian air pasang awal pagi tadi.

Sekretariat Bencana Daerah Bagan Datuk dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku selepas benteng tersebut tidak mampu untuk menahan tekanan serta paras air laut yang naik mendadak sehingga menyebabkan limpahan berlaku di kawasan berkenaan.

Menurutnya, impak daripada bencana itu, struktur kediaman penduduk mengalami kerosakan terutamanya di bahagian lantai dan dinding.

“Kita mendapati air laut melimpah ke dalam rumah penduduk dengan paras dianggarkan antara 0.3 hingga 0.6 meter menyebabkan perabot dan barangan rumah rosak.

Air laut melimpah ke rumah penduduk akibat ban pecah
Anggota APM mengukur paras air yang masuk ke dalam rumah penduduk Kampung Teluk Penikam, Bagan Datuk susulan kejadian benteng air laut pecah akibat air pasang awal pagi Khamis. Foto Sekretariat Bencana Daerah Bagan Datuk

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan susulan insiden tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sekretariat tersebut turut memaklumkan, seramai enam orang mangsa telah diarahkan berpindah sementara ke Dewan Orang Ramai Perumahan Awam Bagan Datuk.

Tambahnya, barangan asas seperti toto, kain pelikat/batik, air mineral dan keperluan mandian telah diberi kepada mangsa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pada masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan benteng yang pecah.

“Pemantauan berterusan dilakukan melibatkan beberapa agensi termasuk Balai Polis Bagan Datuk, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan JKM bagi menilai kerosakan serta menyalurkan bantuan awal kepada mangsa,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

JAIPk pantau, teliti insiden tanah perkuburan terjejas banjir di Trong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI