Aktivis politik antara tiga direman terima rasuah

ALOR SETAR – Seorang aktivis politik antara tiga lelaki direman selama empat hari bagi membantu siasatan meminta dan menerima suapan bernilai RM20,000 daripada pendakwah selebriti bagi membantu menyelesaikan kes pengubahan wang haram (AMLA) yang dalam siasatan polis.

Perintah reman sehingga 9 November itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang semalam dalam operasi sekitar Sungai Petani dan di Pejabat SPRM Kedah.

“Mereka didakwa meminta wang daripada seorang pendakwah selebriti kononnya bagi membantu menyelesaikan kes AMLA yang masih dalam siasatan polis.

“Mereka dipercayai bersubahat meminta wang RM150,000 namun menerima RM20,000 secara tunai daripada pendakwah terbabit,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan penahanan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI