Aktiviti riadah, sukan air ‘outdoor’ dihentikan sementara waktu 

KAMPAR – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Kampar mengarahkan semua aktiviti riadah dan sukan air ‘outdoor’ dihentikan buat sementara waktu.

Pegawai Daerah Kampar merangkap Pengerusi JBPD Kampar, Nazrul Fazami Mohamad berkata, arahan itu dikeluarkan susulan kejadian kepala air di laluan Sungai Jahang dan Sungai Kampar yang menyebabkan tiga kematian pada Jumaat.

“Antara aktiviti yang terlibat adalah ‘water rafting/tubing’ dan sebarang aktiviti melibatkan kawasan sungai dalam Daerah Kampar.

“Arahan kepada semua pengusaha resort dan tapak perkhemahan di Daerah Kampar itu berkuat kuasa serta merta,” katanya menerusi surat rasmi yang dikeluarkan malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika mengikuti aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Jahang, Gopeng, petang Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Suhaili Mat Saad, 47.

Dua lagi mangsa dikenal pasti sebagai, Penolong Jurutera Kanan, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37, dan Pegawai Khidmat Pelanggan, Muhammad Ikram Abdul Bari, 29. Kedua-dua mangsa bertugas di JKR Daerah Langkawi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga ditemui lemas ketika aktiviti ‘water rafting

Tiga kakitangan JKR lemas: Kepala air punca bot ‘water rafting’ terbalik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI