‘Alang Rentak Seribu’ mengembalikan nostalgia kampung 70-an

IPOH – Teater Alang Rentak Seribu karya agung Seniman Negara, Datuk Syed Alwi Syed Hassan akan dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di sini bermula jam 8.30 malam pada 8 dan 9 November ini.

Karya ini mengisahkan konflik yang tercetus apabila kru filem dari Kuala Lumpur datang untuk penggambaran filem dokumentari  mengisahkan kehidupan di kampung pada sekitar zaman 70-an.

Pada masa sama, seorang pemuda dari kampung tersebut, Alang dilantik memikul tanggungjawab sebagai penolong pengarah yang bijak dalam mengawal pertembungan nilai dan budaya antara peduduk kampung serta kru filem tersebut.

‘Alang Rentak Seribu’ mengembalikan nostalgia kampung 70-an
Pengarah Teater Alang Rentak Seribu, Ard Omar pada sidang media Majlis Pratonton dan Sidang Media Pementasan Teater Alang Rentak Seribu karya Datuk Syed Alwi Syed Hasan di Auditorium JKKN Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 NOVEMBER 2024.

Pengarahnya, Ard Omar berkata, karya ini bukan sahaja menonjolkan pertembungan budaya antara penduduk bandar dan luar bandar malah  menampilkan suasana sekitar tahun 70-an.

Menurutnya, skrip pementasan teater tersebut diolah sebanyak 40 peratus berbanding skrip asal manakala dari segi pementasan pula digarap sebanyak 60 peratus.

“Saya juga cuba hendak mendekatkan dengan penonton terutamanya apabila melibatkan segala tatakerja, tatabudaya, tatapesembahan satu masa dahulu pada tahun 70-an.

“Kebanyakan generasi sekarang mungkin akan melupakan (tahun 70-an) yang hanya dapat melihat di gambaran di televisyen serta media yang boleh menonton filem lama.

“Sekiranya guna skrip asal, pementasan tersebut akan mencecah lebih tiga jam lebih. Ini kerana  kerana watak Ecah adalah ‘time lapse’ permulaan cerita pada waktu jam 7.15 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi apabila Ecah pulang ke rumah pada waktu rehat untuk menikmati cucur bawang.

‘Alang Rentak Seribu’ mengembalikan nostalgia kampung 70-an
Pementasan Teater ‘Alang Rentak Seribu’ karya Datuk Syed Alwi Syed Hasan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 NOVEMBER 2024.

“Kita memang ada membuat olahan naskhah tetapi namun tiada sebarang dialog atau pelakuan lain yang ditambah,” katanya ketika sidang media di Auditorium JKKN Perak, pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah JKKN Perak, Abd Rashid Abdullah.

Dalam pada itu, Ard menambah, skrip tersebut masih relevan dipentaskan kerana dapat menjadi didikan dan teladan kepada masyarakat berkenaan pertembungan budaya bandar dan luar bandar.

“Walaupun pertembungan ini tidak begitu ketara di Malaysia, namun masih berlaku akibat keegoan dan ketaksuban kepada sesuatu perkara yang membentuk jurang antara kedua-dua kelompok tersebut,” jelasnya.

‘Alang Rentak Seribu’ mengembalikan nostalgia kampung 70-an
Pelakon utama, Faris Jamhari (kanan) ketika Pementasan Teater ‘Alang Rentak Seribu’ karya Datuk Syed Alwi Syed Hasan di Auditorium JKKN Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 NOVEMBER 2024.

Terdahulu, pengamal media diberi peluang menyaksikan pratonton pementasan teater anjuran  Majlis Kebudayaan Negeri Perak dengan kerjasama JKKN Perak berdurasi selama 45 minit.

Antara barisan pelakon yang membintangi Alang Rentak Seribu pada kali ini adalah Azizah Mahzan, Nesa Idrus, Faha Azhar, Pak Chu (Raja Lawak), Rosli Rahman Adam dan Faris Jamhari yang memegang watak utama sebagai Alang.

Tiket bagi pementasan hari pertama sudah habis dijual namun masih terdapat beberapa tempat kosong yang masih belum diisi pada pementasan 9 November.

‘Alang Rentak Seribu’ mengembalikan nostalgia kampung 70-an
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Abd Rashid Abdullah bergambar kenangan bersama para pelakon teater pada Majlis Pratonton dan Sidang Media Pementasan Teater ‘Alang Rentak Seribu’ karya Datuk Syed Alwi Syed Hasan di Auditorium JKKN Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 NOVEMBER 2024.

Harga tiket RM20 untuk setiap individu dan hanya mereka yang berusia 15 tahun ke atas sahaja dibenarkan menonton teater tersebut di Auditorium yang mampu menampung 300 penonton pada satu masa.

Peminat teater khususnya yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai teater tersebut boleh melayari laman media sosial JKKN Perak atau melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Cicit Wan Lebo perkenal seni, budaya Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI