Amanah Perak gesa rujuk Fadhli ke Jawatankuasa Hak, Kebebasan Parlimen

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap kenyataan tidak beradab yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, yang didakwa menyamakan pemimpin negara dengan ‘monyet mendapat bunga’ dalam ucapan terbukanya baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata,kenyataan tersebut bukan sahaja biadab dan tidak bertanggungjawab, malah memberi gambaran buruk terhadap wibawa kerajaan dan kepimpinan negara.

Menurutnya, ia mencerminkan sikap politik yang tidak matang dan menjatuhkan maruah institusi Parlimen serta peranan seorang wakil rakyat.

“Justeru, Amanah Perak menyarankan supaya kenyataan ini dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, memandangkan ia dibuat oleh seorang Ahli Parlimen dan memberi implikasi besar terhadap maruah Dewan dan kredibiliti Parlimen di mata rakyat.

“Walaupun kenyataan tersebut dibuat di luar dewan, ia tetap membawa beban tanggungjawab sebagai seorang wakil yang sedang memegang jawatan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menyeru semua Ahli Parlimen Kerajaan supaya mempertimbang langkah merujuk perkara ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Jika perlu, tindakan penggantungan juga boleh dipertimbang sebagai isyarat jelas bahawa Parlimen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap tindakan yang menjatuhkan maruah negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, jika tindakan seperti ini terus dibiarkan, kita bimbang budaya politik celupar dan kebencian akan menjadi norma, hingga mencemarkan nama baik Malaysia sendiri.

Terdahulu, Ahmad Fadhli dilaporkan bertindak memadam hantarannya di media sosial memaparkan karikatur tentang monyet, kambing dan biri-biri selepas Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat petang semalam.

Hantaran dimuat naik Ketua Penerangan Pas Pusat itu memaparkan monyet bertindak sebagai hakim manakala kambing dan biri-biri sedang berebutkan pisang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Amanah minta Abdul Hadi berhenti tunggang agama, terima fakta ekonomi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI