Amang seksual anak bongsu, pemandu lori mengaku tidak bersalah

IPOH – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya yang di bawah umur, di sekitar Ipoh, antara tahun 2021 hingga 2022.

Tertuduh yang berusia 54 tahun itu membuat pengakuan tersebut dan minta untuk dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap anak bongsunya yang ketika itu berusia 16 tahun pada hujung tahun 2021.

Perbuatan itu dilakukan pada jam 9.30 malam dan 2 pagi di sebuah rumah di Taman Chemor Perdana, di sini.

amang seksual, anak kandung bongsu perempuan bapa kandung pemandu lori tertuduh mahkamah ipoh perak bercham amang seksual, anak kandung bongsu perempuan bapa kandung pemandu lori tertuduh mahkamah ipoh perak bercham amang seksual, anak kandung bongsu perempuan bapa kandung pemandu lori tertuduh mahkamah ipoh perak bercham
Seorang pemandu lori berusia 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Majistret Ipoh atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya antara tahun 2021 hingga 2022. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JANUARI 2024.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu dituduh melakukan amang seksual terhadap mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun pada jam 6 pagi, di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam 2, Hulu Kinta, pada Oktober 2022.

Sementara pertuduhan keempat, tertuduh dituduh melakukan kesalahan amang seksual terhadap mangsa sama pada jam 9.30 malam, di sebuah rumah di Kampung Tersusun Tasek Bercham, pada hujung tahun sama.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat dan hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara di bawah Seksyen 16 akta sama, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun dan dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Quraatu’ain Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, tertuduh dalam rayuannya memohon denda minimum dikenakan atas alasan mempunyai satu tanggungan selain perlu membayar wang ansuran kenderaan dan rumah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi keempat-empat pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Februari depan untuk sebutan semula kes. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI