KUALA LUMPUR – Ribut petir dan hujan lebat diramal melanda lima negara bermula pagi ini hingga 2 petang nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MeTMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca tersebut kepada Perak (Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak); Terengganu (Besut) dan Selangor (Sabak Bernam, Hulu Langat).
“Juga negeri diramal dilanda cuaca tersebut Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol) dan Johor (Muar, Batu Pahat),” katanya menerusi pemakluman di platform Twitter.
Amaran tersebut dikeluarkan pada 11 pagi tadi.
Untuk makluman, amaran ribut petir adalah ramalan yang dikeluarkan MeTMalaysia bagi jangka pendek.
Ramalan tersebut sah dalam tempoh tidak melebihi 6 jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette