Ambil alih bangunan lama jadikan hotel, tampung keperluan pelancong – Exco

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mencadangkan supaya penggiat industri pelancongan atau pihak yang berminat untuk mengambil alih bangunan lama di negeri ini supaya dinaik taraf untuk dijadikan hotel atau bilik penginapan.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, inisiatif tersebut adalah bagi menampung keperluan pelancong yang semakin bertambah di Perak terutamanya bersempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Menurutnya, pada masa ini, pelancong yang datang ke Perak tidak bermalam sebaliknya memilih negeri berhampiran seperti Pulau Pinang atau Kuala Lumpur untuk berbuat demikian akibat kekangan tempat penginapan atau hotel.

“Sehubungan itu, bagi mengalakkan pelancong datang, kita perlu pastikan bilik yang sesuai untuk kategori keluarga, individu atau dari mereka yang datang dari luar negara.

“Jadi, apabila pelancong datang ke sini, mereka tidak bermalam di negeri lain,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Perak Tourism Awards 2024 sempena TMP 2024 di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Dalam pada itu, kerajaan negeri dalam usaha mengadakan perbincangan berhubung pembinaan penginapan bagi memenuhi keperluan pelancong ke Perak.

“Sekarang kita perlu lebih ramai pihak tampil untuk membina penginapan dan tidak dinafikan terdapat beberapa kekurangan. Apabila kita membina (hotel) ia akan makan masa lebih kurang dua tahun.

“Kita juga ada melihat pemain industri mengambil alih bangunan lama dan ia adalah salah satu usaha baik. Contohnya seperti pihak yang mengambil alih hotel Syeun dan ada juga di tempat lain.

“Justeru, mereka yang mengambil alih bangunan lama tidak perlu bina cuma masuk dan ubah suai jadi untuk dijadikan hotel.

“Kita di pihak pelancongan dan Tourism Perak akan bantu memasarkan hotel tersebut sebab mereka sudah melabur demi kepentingan pelancongan negeri dan ini adalah satu situasi menang-menang bagi semua pihak terlibat,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan, imej bandar raya Ipoh berpontensi ‘melonjak’ ke peringkat antarabanga susulan pengambilalihan Hotel Syeun (dulu dikenali dengan nama Syuen) oleh YTL Hospitality REIT (YTL REIT).

Penambahan rantaian antarabangsa menerusi industri perhotelan itu dijangka mampu menarik pengunjung luar negara untuk singgah ke bandar raya ini. – MG Perak

Pengambilalihan Hotel Syeun bakal lonjak imej Ipoh

70 peratus hotel di Perak ditempah musim cuti sekolah – Exco

MBI sedia berbincang selesai isu AirBNB, inap desa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI