AMK Perak buat laporan polis libat ‘selebriti‘ cuba manipulasi isu Surau Al-Karamah

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak bertindak membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memutarbelitkan isu Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, di sini.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha AMK Perak, Muhammad Izzuddin Hariz Bohari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini susulan kandungan video yang menunjukkan individu tertentu, termasuk selebriti luar kawasan, cuba memanipulasi isu surau tersebut bagi mencetuskan sentimen perkauman, dan agama serta menimbulkan kebencian kepada kerajaan.

Beliau berkata, terdapat segelintir pihak luar dengan agenda politik sempit yang cuba meniupkan kebencian serta menanam persepsi kononnya umat Islam dizalimi.

“Tindakan ini jelas menjurus kepada permainan isu 3R (agama, raja dan kaum) yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan mencetuskan keresahan awam.

“AMK Perak menolak sekeras-kerasnya usaha untuk mempolitikkan rumah Allah demi kepentingan peribadi.

“Kami juga mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat individu-individu yang memainkan isu 3R ini di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan, termasuk Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada sidang media di perkarangan IPD Ipoh, pada Rabu.

AMK Perak buat laporan polis libat ‘selebriti‘ cuba manipulasi isu Surau Al-Karamah
Setiausaha AMK Perak, Muhammad Izzuddin Hariz Bohari pada sidang media selepas membuat laporan polis terhadap pihak yang memutarbelitkan isu berkenaan Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, Ipoh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 OKTOBER 2025.

Dalam pada itu, Muhammad Izzuddin Hariz berkata, isu ini tidak ada kaitan dengan agama atau bangsa sebaliknya melibatkan soal pengurusan dan maslahat jemaah apabila surau lama diganti dengan surau baharu yang lebih baik.

“Justeru, AMK Perak menyeru semua pihak supaya melihat isu ini dengan hikmah dan berasaskan fakta, bukan emosi dan fitnah. Rumah Allah adalah tempat menyatukan umat, bukan dijadikan modal politik untuk memecahbelahkan masyarakat,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa surau lama bukan ditutup tanpa ganti kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyiapkan sebuah surau baharu yang lebih lengkap, selesa, dan teratur untuk kegunaan masyarakat setempat.

Tambahnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah membuat keputusan rasmi bahawa surau lama boleh dirobohkan kerana telah digantikan dengan surau yang lebih baik

Terdahulu Rafidah menerusi video pendek di media sosial mendakwa Surau al-Karamah di Pasir Puteh dekat sini bakal dirobohkan oleh pemaju perumahan kerana ia bakal dibina jalan raya.

Menurut laporan media sebelum ini, isu yang pernah dibangkitkan empat tahun lalu itu telah diselesaikan dengan baik melalui pembinaan sebuah bangunan surau baru yang terletak tidak jauh dari tapak surau lama. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rafidah cuba tanam sentimen buruk, tonjol ‘terpaling dizalimi’ – AMK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI