Israel umpama ‘lanun maritim moden‘ halang flotila kemanusiaan – AMK Perak

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak mengecam keras tindakan biadab rejim Zionis Israel yang menghalang flotila kemanusiaan ke Gaza, sekali gus menyifatkannya sebagai jenayah perang dan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa.

Ketua AMK Perak, Ashraf Kahasani berkata, tindakan itu bukan setakat menghalang bantuan makanan, ubat-ubatan dan bekalan asas untuk rakyat Palestin, malah menjadikan Israel umpama lanun maritim moden apabila menghalang kapal sah di perairan antarabangsa serta menawan sukarelawan tidak bersenjata.

“Tindakan ini membuktikan keangkuhan rejim Zionis dan ketakutan mereka terhadap semangat sumud rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau turut menggesa komuniti antarabangsa supaya segera mengambil tanggungjawab dengan menekan Israel menghentikan kekejaman, membebaskan semua aktivis serta sukarelawan yang ditahan tanpa syarat dan mengiktiraf hak rakyat Palestin.

“Kami menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengambil tindakan segera terhadap Israel.

Dalam masa sama, Ashraf menyeru rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk terus mendokong pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten membela Palestin di pentas dunia.

“AMK Perak akan terus teguh berdiri bersama rakyat Palestin, menolak kezaliman Israel, menyokong usaha kerajaan Malaysia serta berada di barisan hadapan perjuangan menegakkan keadilan, keamanan dan kebebasan Palestin di bumi sendiri,” tegasnya.

Flotila anjuran Gerakan Bebaskan Gaza dan Yayasan Hak Asasi, Pembebasan dan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) ini membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan bagi memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.

Seramai 27 delegasi dari Malaysia termasuk pengamal media Zainal Rashid Ahmad, personaliti media sosial, Farah Lee serta dua selebriti tanah air iaitu Zizi Kirana dan Ardell Aryana terlibat dalam misi bantuan tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PM Anwar kecam Israel halang flotilla Gaza, janji tindakan undang-undang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI