AMK Perak tolak normalisasi agenda LGBTQ

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak memandang serius penganjuran program bertemakan ‘PrideCare: Queer Stories & Sexual Health Awareness’ yang dijadualkan pada 21 Jun depan di Petaling Jaya, Selangor.

AMK Perak dalam satu kenyataan memaklumkan program anjuran kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Rainbow Troupe of Pemuda Sosialis’ itu dilihat sebagai usaha tersusun untuk merosakkan asas moral generasi muda dan menggugat keharmonian sosial.

“Kami menzahirkan kebimbangan terhadap cubaan berterusan untuk menormalisasikan budaya dan orientasi songsang yang bertentangan dengan fitrah manusia, ajaran agama dan tatasusila masyarakat Malaysia.

“Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, sebarang agenda yang jelas bertentangan dengan prinsip moral dan nilai murni tidak wajar diberikan ruang untuk berkembang, apatah lagi dianjurkan secara terbuka atas nama kebebasan,” katanya.

AMK Perak turut menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan bagi menghalalkan penyebaran fahaman yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat dan Perlembagaan negara.

Katanya, pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri dan pihak berwajib lain digesa untuk segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur serta membatalkan sebarang aktiviti yang mencetuskan keresahan masyarakat.

“Kami berdiri teguh mempertahankan nilai Islam dan budaya Malaysia yang menolak sebarang bentuk promosi terhadap gaya hidup LGBTQ yang bercanggah dengan fitrah dan syariat.

“AMK Perak sentiasa mendukung prinsip kebebasan yang berlandaskan nilai, bukan kebebasan yang melampaui batas. Keadilan yang kami perjuangkan adalah keadilan yang berpaksikan adab, agama dan akhlak,” katanya.

Tambahnya, AMK Perak tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan mencemarkan moral masyarakat atas nama hak asasi yang songsang.

Terdahulu media melaporkan Menteri Hal Ehwal Agama menasihatkan penganjur yang berhasrat meraikan ‘Pride Month’ bulan depan supaya menghentikan hasrat mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan kerajaan menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya songsang seperti LGBTQ sama ada secara halus atau terbuka. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI