Ancaman besar bangsa Melayu adalah pemikiran tua, mundur

KUALA LUMPUR – Berhenti bermain politik berasaskan emosi semata-mata kerana ia boleh menjerumuskan bangsa Melayu ke lembah kelemahan dan kemunduran.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, sentimentalisme tidak akan memenangkan orang dalam persaingan teknologi, tarif, kemajuan ilmu, mahupun perniagaan masa hadapan.

Sedangkan orang Melayu mesti mempunyai kebolehsaingan, ilmu dan kemahiran yang unggul untuk menjadi bangsa yang hebat.

“Kepada semua orang Melayu, tiada siapa yang akan mengusik hak dan kepentingan bangsa kita.

“Ia sudah termaktub dan terjamin sekian lama dalam Perlembagaan dan dilindungi oleh Raja-Raja Melayu yang bijaksana.

“Ancaman terbesar bangsa kita sebenarnya adalah pemikiran tua, mundur dan lapuk segelintir pemimpin Melayu yang tidak sedar bahawa Generasi X, Y, Z dan Alpha telah muncul.

“Mereka ini tidak dengan mudahnya terpedaya dengan politik emosi yang dibawa semata-mata untuk mendapatkan kuasa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Hantaran Khaled yang juga Menteri Pertahanan itu dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai inisiatif terbaharu beliau untuk menubuhkan ‘sebuah payung besar’ bagi menyatukan orang Melayu.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, gerakan tersebut tidak bermotifkan politik dan bertujuan menjadi wadah bagi menyelesaikan masalah dan isu dihadapi orang Melayu yang disifatkan gagal ditangani kerajaan hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI