Anggota Maritim Malaysia mengaku tidak bersalah terima suapan RM1,700

IPOH – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima pertuduhan menerima suapan dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Raimi Fathullah Rosland, 36, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berpangkat Laskar Kanan dan bertugas di APMM Langkawi, Kedah didakwa telah menerima suapan berjumlah RM1,700 daripada  pemilik sebuah syarikat menerusi seorang wanita yang mana dia mengetahui pemilik dan syarikat itu mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 dan 17 Februari, 2, 21 dan 29 April 2022.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM7,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM Langkawi setiap bulan sehingga kes selesai.

Ibrahim menetapkan sebutan semula kes pada 2 Disember depan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemilik restoran nasi kandar didenda, mengaku beri rasuah RM10,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI