Anggota tentera maut digilis lori

KAMPAR – Seorang anggota tentera maut digilis selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 296.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara petang Khamis.

Mangsa, Muhammad Adam Ibrahim, 27, menunggang motosikal jenis SYM Husky 150 E dan beralamat di Kampung Pak Darus Pengkalan Aur, Taiping.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 2.20 petang memaklumkan kemalangan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, semasa memotong lori di lorong kiri, dipercayai telah bergesel dengan kenderaan tersebut pada bahagian tayar kanan.

“Kejadian tersebut menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan dan seterusnya digilis lori muatan simen itu.

“Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat,“ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes telah diklasifikasikan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Trafik arah utara sesak, pengguna rebut peluang diskaun tol Raya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI