BANGKOK – Parlimen Thailand memilih Anutin Charnvirakul sebagai perdana menteri baharu hari ini.
Beliau memperoleh majoriti undi, menewaskan Chaikasem Nitisiri dari Parti Pheu Thai dalam pemilihan pertama perdana menteri di Parlimen sejak 2019.
Taikun itu sudah berada pada kedudukan paling hadapan menjelang undian Jumaat, memperoleh 146 undi daripada parti Bhumjaithainya sendiri dan sekutunya, manakala Parti Rakyat berkata, 143 ahli Parlimennya juga menyokong Charnvirakul.
Anutin Charnvirakul, 58, sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri kesihatan.
Beliau terkenal kerana menunaikan janji pada 2022 untuk ‘menghalalkan’ ganja.
Polisi itu kini dalam proses untuk dikawal dengan lebih ketat untuk tujuan perubatan.
Anutin Charnvirakul pernah menyokong gabungan Paetongtarn Shinawatra, tetapi meninggalkannya bekas perdana Menteri itu ekoran kemarahan rakyat terhadap tindak-tanduknya semasa krisis sempadan dengan Kemboja.
Mahkamah Perlembagaan Thailand pada 29 Ogos memutuskan kelakuan Paetongtarn melanggar etika menteri dan memecatnya selepas hanya setahun berkuasa.- Agensi