Anwar beri jaminan kerajaan terus perkukuh pembangunan sukan negara

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan sektor sukan disebalik pelbagai usaha dan pembangunan yang dirancang di negara ini.

Katanya, tumpuan terhadap sukan bukan sahaja penting bagi melahirkan atlet berdisiplin dan berdaya saing, tetapi juga berperanan memperkukuh semangat perpaduan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 OKTOBER 2025.

“Sudah tentu saya dan Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) akan perhati (beri perhatian dalam bidang sukan) dan akan cuba (banruu) apa yang mampu. Dari sekecil-kecil, mahupun sebesar-besar (usaha) apa yang mungkin.

“Ini kerana negara ini (kita mahu ia) maju dari segi ekonomi, segi budaya, nak maju dari segi intelek, (juga kita) nak maju dari segi sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Hannah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah, serta Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Anwar Ibrahim pembangunan sukan negara pembangunan sukan Malaysia, Hari Sukan Negara 2025, kerajaan perkukuh sektor sukan, Anwar Ibrahim sukan, Hannah Yeoh KBS
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan peserta larian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 OKTOBER 2025.

Terdahulu Anwar menyampaikan Anugerah Sukan Untuk Semua kepada lapan penerima dengan menyaksikan tokoh persilatan, Datuk Dr Raja Abdul Majid Raja Mat Isa sebagai penerima Anugerah Khas Perdana Menteri.

Bertemakan ‘Malaysia Aktif’, sambutan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Oktober ini menampilkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Sukan Untuk Semua kategori Anugerah Khas Perdana Menteri pada Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 OKTOBER 2025.

Lebih 40 acara utama di peringkat kebangsaan dan ratusan aktiviti di peringkat setiap negeri serta daerah dianjurkan dengan sasaran penyertaan seramai 5.2 juta rakyat Malaysia.

Antara aktiviti menarik termasuk Larian Ria MADANI, berbasikal, pickleball, stacking, pound, senamrobik, dan sebagainya.

Mengulas lanjut Anwar memberitahu, kerajaan juga menghargai setiap sumbangan golongan muda khususnya dalam bidang sukan.

“Kerana ini (kerajaan) memberi suntikan disiplin, semangat, dan perpaduan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPM pastikan pasukan perubatan ditempatkan di semua kejohanan sukan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI